5 Tip Turun Berat Badan Cara Mudah dan Alami

posted in: Tip Cantik & Sihat | 0

Assalamualaikum w.b.t

Percaya atau tidak, 50% penduduk Malaysia adalah obesiti terlebih berat badan. Masakan tidak, ramai yang tidak ambil endah tentang kesihatan diri apabila makan ikut selera dan pantang lapar sahaja terus makan.

Gaya pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang, ditambah lagi tidak bersenam menyebabkan ramai yang terdedah kepada risiko penyakit tiga serangkai iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol.

Oleh itu, kami di Nurraysa sangat prihatin untuk membantu lebih ramai wanita di luar sana mendapat berat badan ideal dengan menjaga pemakanan.

5 Tip Turun Berat Badan Cara Mudah dan Alami

Saya share 5 tip untuk kurangkan berat badan berlebihan cara mudah dan alami

1. Banyakkan minum air kosong dan elakkan minuman bergula dan kopi yang berlebihan.

Ramai yang tidak suka minum air kosong. Katanya, tidak berzat dan tidak berkhasiat. Sedangkan, air kosong penting untuk memastikan aliran darah di dalam badan lancar, keseimbangan suhu badan dan memastikan sel badan sentiasa segar.

Cuba lihat pokok yang kurang air, akan menjadi layu dan kuning daunnya. Badan kita pun begitu juga perlu air yang cukup untuk menjalankan fungsi badan.

2. Makan berat 2-3 kali sehari sahaja.

Makan berat contohnya makan nasi, ayam, daging, ikan, roti.

Ni Sarah nak kongsikan tip mudah diet.

TIP MUDAH DIET TURUNKAN BERAT BADAN BERLEBIHAN CARA ALAMI DAN SELAMAT

  1. Orang kita apabila lapar sahaja terus makan nasi.

  2. Amalan ini amat salah. Jika anda telah makan sarapan nasi pada waktu pagi contohnya, kemudian sejam kemudian berasa lapar, jangan terus makan nasi sekali lagi. Sebaliknya, hanya minum air kosong sahaja.

  3. Lapar selepas waktu makan berat adalah tanda badan anda perlukan air bukan perlukan nasi atau makanan berat sekali lagi.

  4. Jika selepas minum air, rasa lapar lagi sejam berikutnya, minum air sekali lagi.

  5. Dan apabila lapar kali ketiga, barulah anda mula makan makanan ringan seperti buah, biskut dan sebagainya.

 

3. Amalkan bersenam sekali sehari. Banyakkan berjalan dan pastikan anda berpeluh.

Ramai yang takut untuk berpeluh dan selalu berada di bawah kipas atau aircond. Amalan ini tidak sihat.

Anda perlu latih badan untuk berpeluh juga supaya badan terbiasa dengan apa jua keadaan dan tidak terlalu manja.

Bersenam pada waktu pagi atau petang dengan berjalan, lompat bintang atau berlari setempat sudah cukup untuk anda berpeluh.

4. Banyak makan buah-buahan dan sayuran

Waktu makan, kurangkan bahagian nasi kepada satu genggam tangan anda sahaja. Banyakkan lauk berbanding nasi.

Jangan tambah nasi sepinggan lagi. Latih diri berhenti makan sebelum anda sendawa. Bukannya sendawa berkali-kali baru nak berhenti makan ya.

5. Makan supplemen atau ‘ubat kurus’ yang selamat

Ya, cara cepat nak kurus ialah makan ubat kurus. Tapi awas, bukan semua ubat kurus selamat walaupun dijanjikan dapat turunkan berat badan sangat cepat.

Pastikan anda tahu kandungan bahan dalam ubat kurus tersebut. Jika tidak, ia amat bahaya untuk jangka masa panjang.

Nurraysa ada keluarkan supplemen makanan tambahan daripada koko. Apabila makan supplemen koko ni, anda akan berasa kenyang dan tidak lagi rasa nak makan banyak. Jadi, anda akan kurang makan kerana anda sudah berasa kenyang. Oleh sebab itu, ramai yang berjaya turunkan berat badan berkilo-kilo hanya dengan minuman koko ni.

Lihat testimoni di bawah.

Jika berminat nak cuba, boleh pm Sarah ya di wasap.my/+60179287962/slimkoko atau terus order online di laman web ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *