Assalamualaikum w.b.t
Kali ini saya kongsikan tip menggunakan sabun kolagen Nurraysa. Cara penggunaan sabun Nurraysa yang betul adalah penting untuk memastikan ia berkesan. Produk sabun ini adalah bebas bahan kimia, selamat dan berkesan menghilangkan jerawat dan jeragat.
Tip cara atasi kulit berminyak dengan sabun kolagen Nurraysa
Cuci muka 2-3 kali sehari.
Cuci muka dengan air suam. Biarkan buih sabun dimuka dalam 2@3 minit. Lebih 2-3 minit tidak mengapa. Kemudian, bilas muka dengan air sejuk (air sejuk peti bukan ais tau)
Boleh juga dibuat sebagai MASKER.
Caranya. Buihkan sabun di muka dan biarkan semalaman. Bilas muka apabila bangun tidur.
Tip Cara Atasi Jerawat
Basuhkan muka dengan air suam. Kemudian, buihkan dan letak di tempat bermasalah. Dalam 2@3 minit baru bilas dengan air sejuk.(bukan ais)
Cara Atasi Kulit Kering
Guna sabun hanya 1 kali sehari sahaja. Selepas sabun, terus bilas. Jangan biarkan buih sabun lama-lama di muka.
Apabila rasa kulit sudah tidak kering sangat, barulah boleh gunakan sabun 2x sehari.
Cara Atasi Jeragat
Basahkan sabun sedikit dan sapu sabun pada muka yang masih kering. Kemudian, buihkan dan tonyoh pada tempat bermasalah. Selepas 1-2 minit, barulah muka dibilas dengan air.
Apa yang penting, adalah teruskan gunakan sabun kolagen 1 kali sehari bagi kulit muka yang kering, dan 2-3 kali sehari bagi kulit muka yang lembap.
Saya sendiri, pada mulanya menggunakan sabun ini 1 kali sehari kemudian apabila kulit muka sudah lembap, baru saya gunakan 2 kali sehari.
Teruskan sehingga 3 hingga 5 bulan untuk melihat hasil yang terbaik bagi memberi masa kepada kulit muka kita untuk pulih daripada produk kecantikan yang kita pakai lama dahulu (yang mungkin ada bahan kimia). Setelah kotoran hilang, barulah kulit akan mula membentuk lapisan kulit yang lembap dan segar.
Awas. Jangan gunakan sabun dengan produk wajah yang lain. Gunakan sabun sahaja dahulu dan hentikan produk yang lain. Ini kerana bagi membenarkan ia merawat kulit wajah secara semulajadi tanpa bahan kimia.
Untuk tempahan sabun kolagen, boleh order di laman web ini atau Whatsapp saya, 017-9287962 (Sarah)
Leave a Reply