Rahsia bibir sihat cantik dengan 4 bahan ini

posted in: Tip Cantik & Sihat | 0

Assalamualaikum wbt

Setiap wanita mahukan bibir yang cantik dan sihat secara semula jadi. Tak perlu nak guna ubat dan bahan kimia berbahaya.

Penjagaan bibir sangat penting kerana bibir menjadi aset wajib wanita ketika bersolek.

Setiap kali mekap pasti tak sempurna jika tak pakai lipstik 🙂

Ok baik. Nak bibir yang cantik dan sihat, ini 4 bahan :

4 Bahan Membantu Merawat dan Melembapkan Bibir secara Semulajadi

1.Sweet Almond Oil (Minyak Almond)

Kaya dengan antioksidan. Melindungi bibir dari partikel bebas.

Melindungi kulit dari sinar UV. Sesuai untuk melindungi kulit bibir kita daripada kering ketika keluar rumah.

Membuatkan kulit lembut dan tidak merekah.

Melembapkan dan membantu merawat bibir supaya lebih sihat dan segar.

2. Marula Oil (Minyak Marula)

Minyak Marula ini kaya dengan Omega 9 dan Omega 6.

Boleh meningkatkan keanjalan kulit pada bibir dan anti penuaan kerana kaya dengan Vitamin C dan Vitamin F.

Ia juga dapat mengurangkan keradangan bibir di samping melembapkan bibir setiap masa.

3. Shea Butter

Kaya dengan vitamin A, E dan F.

Ia melembapkan bibir dan melindungi kulit dari sinar UV secara semulajadi untuk melindungi kulit dari kering.

4. Coconut Oil (Minyak Kelapa)

Ha, ini bahan yang paling dikenali ramai.

Bukan untuk bayi sahaja kita guna minyak kelapa.

Untuk bibir juga sesuai kerana minyak kelapa ni berfungsi melembapkan bibir dan dapat merawat masalah bibir berkuping.

Ia juga membantu bibir kelihatan lebih licin dan berseri.

Anda boleh cuba menggunakan bahan-bahan di atas untuk merawat bibir dan menjaga kesihatan bibir tanpa perlu bimbang kesan buruk kerana ia daripada bahan semulajadi.

Paling best, keempat-empat bahan ini juga merupakan ramuan utama dalam lipstik baru Nurraysa New Look 🙂

Ditambah dengan Pepermint Oil yang memberikan rasa segar dan berangin seperti di tepi pantai. Tenang sahaja 🙂

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *