7 Tip Pilih Mekap Tempatan atau Luar Negara

posted in: Info Nurraysa Beauty | 0

Assalamualaikum w.b.t

Sebut sahaja mekap, sudah pasti ramai yang mempunyai jenama pilihan masing-masing.

Ada wanita yang memilih produk mekap oleh syarikat dalam negara (syarikat tempatan) dan ada yang sukakan yang berjenama luar negara.

Sudah pasti masing-masing suka dengan jenama pilihan tersendiri kerana mempunyai keunikan dan ciri-ciri tersendiri.

7 Tip Pilih Mekap Tempatan atau Luar Negara

Antara faktor yang menjadi pilihan pengguna mekap ialah :

1. Harga

Harga bagi setiap mekap adalah subjektif. Ada yang suka mekap murah dan ada yang suka mekap mahal.

Wanita yang suka mekap murah pentingkan dari sudut harga murah sahaja, tanpa memikirkan sangat soal jenama atau kualiti dan bahan yang digunakan.

Asalkan murah dan puas hati, maka kosmetik murah menjadi pilihan. Tip bagi yang suka memilih produk kosmetik murah adalah pastikan juga selain harga yang murah, pastikan ia selamat, jenama yang kita pernah dengar, ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini kerana, ramai pengguna yang mengadu mendapat kesan sampingan daripada mekap yang digunakan (contohnya lipstik) yang mengandungi merkuri dan plumbum. Ada juga yang diragui status bahan yang digunakan untuk penghasilan produk kerana tiada dalam carian google.

Bagi wanita yang memilih mekap berjenama yang mahal ratusan ringgit, sudah pasti produk tersebut ada bahan istimewa, hasil daripada kajian saintis mereka dan digunakan oleh artis-artis. Tip bagi wanita yang memilih mekap berjenama, pastikan anda tahu status bahan kandungan yang digunakan sekurang-kurangnya diluluskan oleh KKM. Seterusnya, pastikan bahan yang digunakan tidak mengandungi merkuri atau bahan yang tidak halal untuk digunakan oleh orang Islam.

2. Kualiti

Kualiti adalah sesuatu yang menjadi pilihan. Produk yang berkualiti dapat dilihat dari segi bungkusan yang kemas, mengandungi jenis-jenis bahan yang digunakan,pengiktirafan oleh badan-badan yang tertentu, produk yang sesuai seperti yang dijanjikan, mempunyai kesan positif dengan testimoni yang banyak.

Jika produk yang anda beli tiada label, tiada pengiktirafan dan tiada testimoni pengguna, maka anda terdedah kepada penipuan atau produk tiruan.

3. Status jenama

Jenama produk juga memainkan peranan penting. Dengan jenama, status dan kepercayaan diri wanita akan meningkat.

Jenama yang terkenal kebiasaannya sudah mempunyai ramai pengguna dan kesan yang positif.

Kedua-dua jenama tempatan dan luar negara mempunyai target pasaran yang tersendiri.

4. Bahan kandungan

Aspek utama dalam memilih sesuatu produk mekap atau produk makanan kesihatan adalah jenis bahan yang digunakan.

Bahan luar negara tak semestinya hebat. Bahan kandungan alami yang lebih kepada alam semakin menjadi pilihan berbanding campuran kimia yang dibimbangi kesan sampingannya.

Oleh itu, pastikan bahan yang digunakan dinyatakan pada label produk supaya pengguna lebih yakin dan lebih telus.

5. Keselamatan dan persijilan

Nilai tambah bagi sesuatu produk kosmetik adalah persijilan dan anugerah. Sekurang-kurangnya produk memiliki pengesahan keselamatan daripada badan-badan yang telah diperakui telus seperti laporan makmal, sijil KKM , sijil halal JAKIM dan sebagainya.

6. Testimoni pengguna

Testimoni pengguna juga merupakan faktor pilihan. Pastikan testimoni adalah dari pengguna asal bukan yang direka-reka.

7. Halal dan bersih

Produk yang diyakini halal dan bersih adalah yang sentiasa dipantau oleh sesebuah syarikat kosmetik. Sekiranya produk tersebut dibuat diluar negara, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu ia mempunyai pengesahan selamat dan kebersihan yang diyakini.

Pengesahan seperti perakuan GMP dan perakuan halal adalah penting.

Anda juga tidak disarankan mencampur produk kosmetik kerana dibimbangi kesan sampingan produk akibat campuran bahan yang berbeza.

Rumusan

Kesimpulannya, produk kosmetik dan jenama set mekap yang anda gunakan perlulah yang anda kenali lebih dekat dari segi jenama, bahan kandungan, sijil pengesahan keselamatan, testimoni pengguna, bersih dan bebas bahan kimia berbahaya untuk jangka masa panjang.

Bagi Nurraysa, ciri-ciri inilah yang dititik beratkan oleh Nurraysa. Founder Nurraysa sentiasa memantau kualiti produk dan setiap produk yang dijual dan yang akan dikeluarkan dipastikan lulus KKM, diuji dan mendapat testimoni positif dari pengguna.

Selain itu, keunikan Nurraysa adalah dipastikan produk mekap Nurraysa mudah ditanggalkan sebelum berwuduk, tidak berwarna terlalu terang sesuai dengan ciri muslimah, mampu milik, boleh dibawa solat kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang diragui.

Nurraysa juga adalah produk tempatan yang mempunyai agen-agen dan stokis di dalam dan luar negara. Nurraysa juga mula melebarkan sayap di Indonesia dan negara-negara lain yang akan menyusul.

Testimon pengguna sangat banyak dengan pelbagai anugerah yang telah dicapai.

Semoga tip-tip di atas membantu anda memilih produk kosmetik yang sesuai dan diyakini selamat dan kebersihannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *