5 Tip Memilih Produk Skincare Terbaik. Tip ke 5 paling penting.

posted in: Tip Nurraysa Beauty | 0

Asssalamualaikum wbt

Wanita tidak boleh dipisahkan dengan produk kecantikan dan produk mekap.

Industri kecantikan adalah menjadi pilihan ramai pegeluar produk. Kita dapat lihat setiap hari semakin banyak produk kecantikan di pasaran yang terbit bagaikan cendawan selepas hujan.

Ada produk skincare yang mahal dan ada yang murah.

Namun, terdapat beberapa tips untuk memilih produk skincare dan produk mekap yang terbaik yang boleh anda praktikkan bagi memastikan kita membuat pilihan yang bijak untuk keselamatan diri kita.

  1. Produk kecantikan diakui selamat dan bebas merkuri

Pastikan kita sentiasa sedar antara jenama produk yang dihebahkan mengandungi merkuri dan diarahkan untuk ditarik balik dari pasaran.

Produk yang mengandungi merkuri biasanya menjanjikan kesan yang cepat untuk menjadi cantik. Namun, adakah kita mahu cantik sementara tetapi menderita dengan kesan buruk merkuri pada kulit kita untuk jangka masa panjang.

Jika produk yang kita guna disahkan mengandungi merkuri, beralihlah kepada produk kecantikan yang diyakini selamat dan disahkan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia.

  1. Produk kecantikan buatan tempatan vs luar Negara

Buatan tempatan adalah owner produk skincare yang Muslim. Ini adalah lebih baik kerana owner produk luar negara tidak kita kenali, bagaimana status halal dan keselamatan produk tersebut dan bahan yang digunakan.

Tidak semua produk luar negara tidak berkualiti dan tidak selamat. Namun, elok kita pilih produk buatan Muslim yang sudah pasti dijaga kualiti dan penghasilan produk kecantikan dan kesihatan khas untuk  Muslimah.

  1. Produk kecantikan yang berkualiti dengan testimoni pengguna dan bukannya yang murah semata-mata

Testimoni pengguna adalah POWER. Lihatlah pada bilangan agen, stokes dan testimoni sesuatu jenama. Jenama yang bagus adalah yang jujur dengan testimoni sebenar. Ramai yang menjadi agen kerana mereka berpuas hati dan gembira dengan produk pilihan mereka.

Ini tandanya produk kecantikan tersebut pilihan terbaik.

  1. Selamat untuk jangka masa lama

Kebanyakan produk yang menghasilkan kesan yang cepat memerlukan kita sentiasa menggunakannya. Jika kita tinggalkan ia untuk jangka masa lama, muka kita akan semakin gelap dan hitam, menipiskan kulit, mengakis. Ini tandanya produk tersebut tidak sesuai untuk kulit kita.

  1. Boleh di bawa solat dan mudah ditanggalkan

Dan paling penting, produk skincare yang kita guna itu boleh di bawa solat kerana mengandungi bahan-bahan yang suci. Produk skincare seperti bedak mekap dan lipstick, foundation, eyeliner, dan maskara adalah mudah untuk dicuci dengan air supaya ia tanggal sebelum kita berwuduk.

Sebelum berwuduk, kita wajib membersihkan mekap terlebih dahulu. Maka, mekap yang baik adalah ia mudah ditanggalkan dan dibersihkan dengan mekap remover, sabun muka atau beberapa kali basuhan air.

Mekap yang terbaik adalah yang dinyatakan boleh dibawa solat dan mudah ditanggalkan kerana kita perlu solat 5 kali sehari. Bayangkan, berapa banyak masa dapat dijimatkan apabila kita dapat berwuduk dengan sempurna.

Justeru, pilihlah produk skincare yang terbaik yang anda yakin ia selamat digunakan berdasarkan ciri-ciri di atas. Harga murah atau mahal bukanlah isunya, tapi keselamatan anda adalah yang utama.

Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Silakan Share.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign up to our newsletter!